Monday, November 29, 2010

Berehat Sebentar dengan KIT KAT KU......


PegangKuat-Kuat
 
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."


 3 lelaki Pakistan

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu
tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Anak Yang Baik

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak
angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

.Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh
saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai
dia jemput"... .

  

Cakkkkkkk......................

Monday, November 22, 2010

Saya....Aku..dan diriku


Hidup Brutal baru happy...................

Aku di Zaman muda2 dulu..hu3


Senyum sokmo................

Korang mesti tertanya-tanya ngaper aku letak gambar aku jer ari ni..
Sebenarnya saje jer nak tengok ada beza tak aku masa dulu..

Heran gak aku ni.. mcm tu gak.. tak kurus-kurus gak.. Yelah asyik makan jer.

Kadg-kdg cuba kurang makan hari ni... sok lusa terlajak makan lak.

Jadi samer jer.Hu3...

Tapi kdg2 kita tak perasan yang bila umur dah meningkat.. rupa ada beza skit.

Dari muka yang kanak2 comel gitu.. ke muka mcm remaja comel gitu. Ha3.. 

Pastu ke muka.... (korang faham2 sendiri la ek).... Apa2 hal.. bak kata nabil raja lawak tu
Lu Pikir la sendiri.. Cau cin cau............

Sunday, November 21, 2010

Dinamik....

Bengang - Mantera

Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Telah aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan meneggelamkan
Keakuan… aaa… aaa
Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya
Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan
Yang penting hatiku dapat kau tawan

Di Antara Gadis - Dinamik

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku
Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku
Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu
Menatap wajahmu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu
Antara bebunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan



Biar Putih Tulang - Dinamik


Langkah terhenti
Degup jantung berderai
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini dalam suasana yang sepi
Walau tersembuyi di malam gelap gelita
Mendung hadiri bumbung telah ku bina
Yakin diriku tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diriku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan
Hajat di hatiku ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu
Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang kemana pun jua
Namun semangatku tetap bersamamu


Untukmu Sayang - Febians

Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini
(Reff)
Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah
Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Ku telah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya oh sayang
oh.. oh.. (untukmu sayang)
(ulang Reff)

musim banjir vs musim orang kawin

Salam sume... maaf lah dah lama aku tak update blog ni...
bz giler skit bln lepas ngan bulan ni.. ni pun dah cool down skit.
biasa la ujung2 tahun.. Awal bulan ari tu negara kita dilanda banjir teruk
di beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah, Perlis...
Aku pun dalam tengah bulan lepas p Perlis. Selamat la program awal skit..
kalo ujung bln lepas. mau juga aku bersampan ke tempat program. he3..


Kecian bebudak yang kena p sekolah time banjir kan.. teringat kenangan  masa aku 
dulu-dulu. camtu la rupenya.

Kenduri Yum3
Agak-agak dah kurang skit banjirnya, datang lak musim cuti sekolah. Jadi orang pun
berlumba-lumba nak kawin.. Jd bz balik ler aku bagi memenuhi undangan kawin
orang labukan aku yang kawin hu3...tak kisah la.. janji dapat makan nasik
minyak free.. Pastu dengan budak-bdk sibuk nak bersunat lagi..
jadi sibuk la mak bapak nya wat kenduri kesyukuran. Apa lagi makan free lagi. he3.
Korang pun mesti sama gak kan... Pantang diajak bab2 makan
mesti la datang kan.. he3... Makan free beb...  anyway aku berharap
mangsa2 banjir dapat bersabar menghadapi dugaan dari tuhan manakala bagi
yang berkahwin pun aku ucapkan tahniah semoga berbahagia ke anak cucu.. AMIN.....

Sunday, October 31, 2010

Shopping di Padang Besar

Salam Sume..

Rasanya dah lama aku tak update blog aku ni.. sibuk sesangat ler..
Bln ni jer aku dah p ke Melaka, Seremban, Batu Pahat Johor, Perlis, Port Dickson..
Kan Penat tu....Hari ni baru la berkesempatan nak update blog.

Nak cite.. ari tu aku gi Padang Besar..  dalam perjalanan,
driver tersalah la jalan plak nak ke ThaiLand.

Nak sampe ke pintu masuk imegresen dah.. aku pun heran ngan
orang siam keta sebelah dok pandang2 kat aku.

Rupanya aku n the geng dah tersalah masuk da.ha3. Kalo tak..
dah sawadikap.. kak kun kap aku kat sana.

Hajat nak p Padang Besar. Pasal tak penah sampe lagi..
Ingatkan kot la Padang nye besar seluas2 padang.. tapi
rupanya bangunan kedai2.. Kena tipu la aku.hu3..

Tapi dah xcited.. aku apa lagi .. memborong la mcm2..
mengalahkan mak dara yang baru sampe dari Planet Marih..
Aku borong la toto narita, tikar, beras pulut,pin, beras wangi n
segala macam sampe tak cukup tangan dibuatnya.he3..
Dengan gaya melengang lenggok membeli barang di padang besar.

ni saje nak eksyen. tapi aku  bukan beli katil.. aku cuma beli comfoter jer.he3

Tikar pun aku beli gak..  Apa lagi ek.. hmmm


Beras pun aku beli gak.. bukan kat k.l tak der beras.. tapi beras wangi kat sini elok. Pior lagi. he3

Bila dah kat sana duk beli2 barang tak sedar poket dah nak kosong.. 
Jadi masa nak balik ke Kay El tu aku sempat la beli ikan pekasam.. 
Baru la selera makan nasi. Orang kampung la katakan. he3. 

Walau bagaimanapun.. memang best la p sana.. 
Next time kalau ada lagi peluang.. aku nak gi lagi.

Monday, October 4, 2010

Gempak Habis..................



Korang mesti heran kan.. ngape lak tetiba aku letak gambar motor..

Korang mesti pk.. aku baru beli motor baru ker.... atau sajer je nak 

tayang motor baru ni kat korang..Sebenarnya aku cilok jer gambar 

motor ni...pasal nampak pergh.... sangat... hari2 tengok kat destop..

Bos aku pun sampai siap tanya.. Cantik motor... Aku jawab jer la.. 

nak beli tak mampu. .jadi mampu tengok jer la. Sorang lagi oficer cakap... 

takper... jadikan motivasi n semangat. Mana  tau dah tengok ari-ari mesti 

nak memiliki nya satu hari nanti kan.Harap2 masin semasin2nya la mulut

oficer tu. he3...Tapi kalo dapat.. memang smart giler la. 

warna hitam lak tu.. Tak cecah jalan wa cakap lu beb. he3Tu la.. 

berangan lebih jer kojernya.. he3

Monday, September 27, 2010

Duit.... Bunga Api...

Korang penah tak dapat durian runtuh.. bak kata orang JACKPOT la.. mcm judi la plak ek..

Ni Alkisah kat Itali. Lori ngan keta terxcident. Yang lori tu bawa duit syiling euro 2 biliion .

Apa lagi kenduri duit la kat jalan raya tu..


 Banyak kan duit besepah... best dapat gi shopping.....



Ni mamat ni siap main sapu2 sampah lagi...

Tu yang dapat dikutip.. Yang hilang ada dalam 50 ribu euro...

Kot2 kalo korang terjumpa duit euro tepi2 jalan tu.. tu duit lori xcident tau.. bukan Harta Karun tau...


Bunga APi punya cerita...


Ni kisah dari ITALI gak...

Asyik ITALI jer kan.. Ada harapan nak gi Itali ni.. Makan Spegetti la gamaknya..

Diorang ni wat pertandingan Bunga Api.. Bukan bungan api budak2 punya yang cam kita main.

10 second dah abis. Tak salah aku.. putrajaya pun ada buat gak tiap2 tahun.  Biasa di wat dekat ngan tasik..

Baru nampak keindahan tasik serta kekreatifan bunga api tu... 


Cantik kan?  Ada lagi.....


Ni tak tau rupa apa....


Ni pun cantik gak...

 Corak cam buah rambutan lak ek... he3

Tu la.. skg raya pun  kalo korang rajin gi jalan sekitar Kay El... 

Banyak gak orang main bunga api jenis2 ni. 

Cuma tak la sebesar ni.. Takut kot besar sangat nanti

terbakar plak umahnya.. He3...  Apa2 hal.. bunga api ni jugak la 

yang menampakkan happening sesebuah majlis.. Baru meriah kata orang la..




Thursday, September 23, 2010

Pi umah terbuka............




Dah 2 minggu kita beraya... banyak tul orang wat umah terbuka... 

aku pun tak ketinggalan... kawan2 jemput p open house ngan dinding2 terbuka skali..


Makan pun mesti tak hengat punya.. yelah.. mcm2 ader.. 

Kalo dah rezeki jgan ditolak. 1 hari jer ader 2 open house..

Perut pun dah kembong disumbat2.. ho3 (takper ENO kan ada) he3

Yang penting makan bior kenyang... nanti nyesal la plak kan..



Wednesday, September 22, 2010

Kursus KPI .....

Hari ni aku kena kursus pembangunan KPI la plak..
kena pk la cmane nak wat kojer.. 
Praktikal dah selalu wat..
tapi bila bab teori blur la plak... 
Apa2 hal fokus...... Mujur 1 hari jer.....hu3...

Kalo dapat relaks camni selalu kan best......
Balik kojer jer trus duk kat sofa... 
Tapi umah aku takder sofa la.. tido atas lantai jer la.hmm...

Cite Lucu Tergeliat Lidah....

Bibik dan Telefon


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…


Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)


Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)


Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)


Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)


             Alamak.. kejang kepala mcm ni.ho3


Drebar baru kereta sewa (New Taxi Driver)


Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."


Lagu lagi...


Lirik Lagu Dan Bila Esok – Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa
Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya
Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya


Monday, September 20, 2010

LAgu.....

Lagu Sungai Lui...

Best lagu ni.. korang cuba dengar...

irik Lagu Aizat - Sungai Lui

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

Sunday, September 19, 2010

Selamat Kembali Dari Berhari Raya...

Salam Kengkawan... Mcmner cuti raya kengkorang.. Seronok tak.. 
ada rasa cam taknak masuk kerja je kan.
Dulu kecik2 seronok.. time raya jer dapat cuti.. dapat main bunga api lagi..
pastu yang paling seronokdapat DUIT RAYA.. TUH.. yang paling BEST.... 
Skg dah besar kita lak kena kuar Duit Raya (Pokai) Hu3.. 
Mujur setahun sekali kan.. Kalo hari2.. mau 
kena jual besi2 n tin2 la plak nak bagi duit raya. ha2.. Biasa bila dah raya.. 
mood nak koje pun kureng jer.. 
Jadi nak la kena amik semangat balik. Datang opis.. 
tenung dulu komputer 2.. 3 ... jam baru bleh on fius kat kepala ni. he3..
Harap2 korang tak ler macm aku ni kan... ho3

Jangan korang jadi camni plak... ataupun...


Ni kira dan teruk n nazak ni sampai berbelon2 Isk3.... Jadi jgn ler buat perangai malas2 k.. 


  
Jadi selamat memulakan kerja anda bagi yang baru masuk kerja ari ni la.. 
CHow Chin Chow.... Adios... SELAMAT BEKERJA...

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran Untuk Sume...

Minta Ampun ler kalo ada terkasar Bahasa..... Selamat Hari Raya.....................muuuuaahhh...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Sume Umat Islam...

Salam Kengkawan..
Sedar tak sedar lagi 2 hari jer nak rayer.. korang sume dah siap ker beli baju raya.. Sesiapa yang tak balik kampung lagi leh lar p shopping2 lagi.  Tapi yang last2 minit yang best. Pasal baju2, kain2, sume dah turun harge.. Yelah.. penjual nak cepat habiskan stok2 diorang tuh.. Kita ni pun apa lagi memborong sakan la.Yelah dapat barang separuh harga... tu yang syok abisss....
Tambahan lak saper2 yang duk K.L , Kueh Rayer kat chow kit dilelong2.. Tapi biasanya 3 Rm10 jer. Tapi tengok jer lain2 jenis , lain2 warna.. tapi bila rasa samer jer. HamPEH... (dah terkena la tu) Hu3...

Tuesday, August 10, 2010

BRUTALQIUTS........

Salam Perkenalan Semua/ Selamat Berpose...

Hmm.. Hari ni hari  pertama kita berpuasa.
Mula-mula nak bangun rasa liat gak..
pagi ni aku sempat la wat air teh o ngan
goreng mee.  Makan dengan licin lak tu..
pasal semalam aku tak makan.  Teringat lak
masa kecik2 dulu, aku penah terbuka puasa
2 kali gara-raga tengok kuih yang jiran bagi
sampai terlupa yang aku tengah puasa. he3..
Pengalaman korang lak macamana? 
Tapi best kan masa kecik2 dulu.. mak gerak suruh makan... padahal skg pun kadg2 macam tu gak..
isk2 bila la nak insaf ni.. tapi tu la kan.. ada lagi 29 ari lagi
nak posa. harap2 aku berjaya puasa dengan sebaik mungkin.
Amin......