Salam kengkawan.. sorylah dah lama aku tak up date blog ni..Busy ngan koje.
Yelah ari tu aku p bercuti membawa diri ke seberang..Mak ai.. cam jauh ke
Indonesia lak ek.. tak la.. sebenarnya aku bercuti bersama keluarga ke Sabah..
Negeri di bawah bayu. pada 22-24/1/11. Teruja kegilaan la gak pasal dapat
cuti ngan family p jalan jauh2 naik belon lak tu.. he3.. So memang best n syok la
pasal masa memg digunakan sebaik2nya.. Dah tu kat tempat orang.. rasa gak
cam jd pelancong kan..
Gambar Foto aku sekeluarga di depan Kundasang War Memorial
Dan yang paling seronok..tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong dan hanya
menggunakan GPS yang disewa dengan harga RM30 sehari dan sewa kereta RM RM168 sehari
Kinabalu Park,Observation Tower of Kota Kinabalu, Kundasang, Nabalu,Kundasang
Memorial War , Nabalu, Pasar Kraftangan K.Kinabalu, Jambatan Tamparuli.
Cuma hot Spring tu tak sempat p pasal jauh sangat. Yelah korang cam tak tau.. sabah ni
luas gila. Nak p satu2 tempat dua tiga jam. Tu pun ada sedikit frust pasal tak dapat
tengok gunung kinabalu walaupun dah sampai depan gunungnya pasal
ditutupi dengan kabus awan yang tebal. Sampe dua kali gak la p sana pun masih
tak nampak. Mungkin kalau ada rezeki aku n family akan p sana lagi..Semangat nak
tengok Gunung Kinbalu la katakan.he3 Kat dengan pasar pilipine plak kitaorang
makan ikan bakar fresh2 kat kedai Haji manja. Memang sedap.. dua malam
berturut- turut aku n famlily makan kat sana. Memang licin kitaorang kerjakan ikan
bakar tiga ekor tu.. nampak sangat cam kebulur ek. ha3.
Ni lak posing kat Kinabalu Park. Abg ipar tukang amik gambar.
ni lak depan ikan todak kat dengan Pasar Filipine.. Kakak lak jd photgrapher..
Ni la jambatan tamparuli yang selalu orang sabah nyanyi2 tu...
Kenangan di Kundasang Memorial War
Ni lak kat Obversation Hill Of K.Kinabalu. Aga gaya brutal tak? ha3
Pemandangan Di Kundasang
Pemandangan Kota Kinabalu...
Oklah.. setakat ni jer la gambar yang dapat aku upload... kalau korang nak
yang best lagi korang kena g sendiri ke Negeri Sabah ni...he3