KOREA OH KOREA.....
Salam geng.. lama dah aku x muncul dalam blog ni. kdg2 rasa dilupakan.. sbb bz sangat. tetiba teringat pula aku ada blog yang mmg dah lama x aktif. He2..Almaklumlah.. kdg xde apa nak cite kan. Oh Ye.. baru2 ni aku p bercuti ke korea.. musim luruh. Best gak la. P backpacker jer. Bagi korang yang rasa-rasa nak berjalan ke korea secara backpacker ni. Elok la servey2 dulu tempat yang mana nak p, kena survey gak subway apa nak naik. Kalau x.. mmg sesat wej..
So aku cite la pengalaman p Seoul ni, mmg best. cuaca tgh sejuk2 x panas. Excited gak 1st time pergi kan... Perjalanan dengan menaiki Malaysia Airlines dalam 6 jam setengah. Fuh.. mmg melekat la bontot. Tido bangun, tido bangun. Flight aku lak tertunda dari pukul 11.10 malam ke 2.50 pg. Last2 sampe seoul dekat pkl 10 pg gak la. cot cet.. kat airport pun dah 1 jam lebih ngan imegresen lg. mmg itennary tu ada terganggu skit 1st day tu.
Sampe aku kat Airport Incheon, Seoul. Aku menginap di Myeongdong. Korang ada pilihan nak naik bas or subway. Tapi kalau 1st time datang. Kena la dapatkan maklumat or tgk blog2 orang yang dah penah p. Sbb subway dia mmg bertingkat2 fuhhhh..
Untuk pengetahuan korang. Untuk menggunakan perkhidmatan awam di Seoul seperti subway, bas ni korang kena beli T-Money. Pastu kena reload T-Money tu. reload lak, byk tempat boleh reload seperti kedai serbaguna, di stesen subway. Bila korang dah guna. korang boleh semak baki or sejarah kegunaan T-Money tu. Kalau nak balik nanti, masih ada baki kad tu. boleh refund balik di kedai serbaguna.
Ni gambaran Subway yang bertingkat-tingkat tu.
1st Day Trip To Korea
1) Myeongdong
mula-mula sampe pergi ke tempat menginap dulu. Penat wei naik subway.. Sampe bilik rehat dulu.
Malam apa lagi.. berjalan2 dulu kat pasar kat Myeongdong. Beli cenderamata .Sini murah skit. Leh tawar menawar gitew. Tapi jgn dah tawar menawar x beli lak.
2) Namdaemun Market
Mcm2 diorag jual. Tp jangan sembarangan korang nak beli. ada yang halal. ada yang x... Kat sini masker mmg murah2. Kalau korang giler n obses ngan kecantikan boleh la beli. Berbaloi2.
2nd Day Trip To Korea
3) Yeuido Park
Naik Han River Cruise ( time paling awal 11 pg, harga tiket 15 ribu won seorang) dlm RM58.00 .Waktu p ni mmg baru pas ujan. mmg sejuk giler...
yang seronok naik cruise ni sebab masa cruise ni tengah jalan, ada burung camar laut yang terbang beriringan. masa ni la pelancong akan campak makanan ke burung camar laut ini.
4) 63 Building
Ni 63 building.. harga tiket di dalam 13 ribu won dlm RM50. Nanti korang akan nampak pemandangan Seoul.
Pemandangan dari 63 building. Cantik je Rumah tersusun je kan. Kalau berjalan kat jalan raya mmg x perasan. Bila dah tengok dari tempat tinggi. Baru nampak.
Ada tempat mirror treat. Kalau orang gayat.. mmg akan rasa seram skit .
5) Dongdaemun
Dalam perjalanan ke Dongdaemun. Korang akan nampak sungai yang cantik.Kalau nak bergambar. mmg view cantik. Air dia pun Bersih je.
Dongdaemun ni terkenal dengan tempat ikan bakar.
Biasa kalau makanan kat sini. Dia akan bagi setiap lauk akan set ngan nasi sekali. Pastu siap ada kimci, sup taucu n sayur apa ntah. Aku belasah jer. Air dia bagi air sejuk je. tu mmg free la..
3rd Day Trip To Korea
6)Bukchon Hanok Village
Jenjalan lak ke Buckhon Hanok Village. Agak jauh gak berjalan kaki. Tapi kalau nak tau. sini la tempat cite winter sonata tu...
Sebelum nak sampai Hanok Village.. korang akan melalui bangunan ni. Kalau nampak bangunan ni.. mmg x jauh dah Hanok Village tu.
Cantik kan pemandangan nye...
Sini rumah-rumah lama. Kalau berjalan x boleh bising2. Setiap rumah akan letak sign keep silent.
7) Tembok Batu Istana Deoksugung
Menyandar jap kat dinding tu.he3
Kebetulan masa aku pergi ni , Donald Trump mmg datang ke Korea dan sempena mempromosikan Sukan Olimpik Pyeongchang 2018. Jadi mmg ramai orang la.. Meriah betui...
Bergambar ngan maskot Sukan Olimpik jap. he3.
8) Lotte Mart Seoul Station
alau korang p lotte mart, jgn lupa susu pisang ni. ada gak perisa strawberi. Tp skg ni kalau x p korea pun. Susu pisang ni ada jual kat Sogo. Tapi packaging dia dlm bentuk kotak. Harga x salah aku dalam RM21.00-22.00 lebih kurang gitu la.
Produk kecantikan pun byk gak kat lotte mart ni.
Kalau ada yang rasa-rasa x bleh nak masuk makanan korea. Kat Myeongdong tu ada Restoran Kampungku. Orang Malaysia punya. Tapi kena datang awal gak. Sebb tempat terhad dan memang sentiasa penuh je restoran ni.
9)Namsam Tower
Hari ke Empat aku pg2 dah ke Namsam Tower. Sbb hari seblum tu p. kena beratur panjang giler untuk naik Cable car. Tambang cable car untuk dewasa 8500 won (2 hala ) / 5000 won (sehala). Untuk kanak-kanak 5500 won (2 hala)/3500 won (sehala).
Kalau korang rasa-rasa nak pasang kunci kat Namsam Tower ni , elok korang bawa kunci dari rumah siap2. Sbb Kunci kalau beli kat sini . Mahal benau.....
kebetulan tengah ada program kat sana. Jadi dapat la aku merasa pakaian tradisional korea.
Seisi keluarga mencuba pakaian tradisional korea. Kalau sewa pun dah berapa dah.
10) Itaewon
Masjid di Itaewon.. Makanan halal banyak kat sini.
Kedai Halal eid. Mmg popular dikalangan orang malaysia.
Korang kena cuba bulgogi korea. Memang sedap.
11) Gyeongbokgung Palace
Masa sampai ni dah tutup lak. Jadi amik pic bumbung je la..
\
12) Cheongecheon Stream (River)
Memang meriah la. Time tu ada promosi sukan komanwel n Donald Trump datang. Mmg rezeki la. Tengah meriah.
13) Insadong
Kalau dah alang2 berjalan. mmg x sah kalau x sampe Insadong. Sini barang-barang murah jugak. Cenderahati mcm2. Beg sandang pun bleh dapat murah. dalam 10 ribu won. Kualiti mmg terbaek... Kedai yang aku amik ni.. mmg bleh tawar menawar n bagi harga terbaik la. bleh dapat murah beb...
Fifth Day Trip To Korea
Time to go back home......
Kalau dari Myeongdong tu..korang kena keluar awal dari tmpat penginapan kalau flight pagi la. Aku ari tu keluar pkl 6.30 pg waktu tempatan.. kalau naik bas no.6015. Tapi kalau naik train kena lagi awal la sbb berebut dengan orang nak p keje. Jd elakkan la. Naik bas limousin mmg selesa. Tambang pun dalam 15 ribu won. Naik bas terus bleh lena sampai ke airport.
Yahooo. nak balik Malaysia dah...
Mmg puas hati la.. Berjalan2.. Cuma kalau p time winter...mau menggigil kaki kepala lutut kesejukan. Tapi xpelah. mana tau.. satu hari aku akan p lagi kan.. Harap2 pic n maklumat yang aku bagi ni sedikit sebanyak bleh membantu backpacker yang nak p ke korea tu kan.